Friday, October 29, 2010

Coklat Strawberry

Resepi Coklat Strawberry
Bahan Untuk Inti :
30 ml air
30 gm madu
150 gm coklat putih kompaun
20 gm jem strawberry

CARA MEMBUAT INTI :
  • Panaskan air dan madu dengan kaedah double boiler.
  • Setelah cair, masukkan coklat putih. Kacau hingga sebati lalu masukkan jem strawberri.
  • Sejukkan inti sebelum digunakan.
Bahan Untuk Coklat :
50 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampurkan dengan sedikit pewarna hijau.
300 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampurkan dengan sedikit pewarna merah/merah jambu.

CARA MEMBUAT COKLAT :
  • Tuangkan coklat putih berwarna hijau untuk membuat tampok buah. Sejukkan.
  • Tuangkan setengah coklat putih berwarna merah, sapukan keliling acuan supaya menjadi kelongsong.
  • Bekukan dalam peti sejuk sebentar. Kemudian paipkan jem strawberry kedalam kelongsong. Bekukan lagi.
  • Tutup kelongsong dengan coklat putih warna merah sepenuhnya. Bekukan lagi. Boleh keluarkan dari acuan setelah beku.
Resepi Coklat Buatan Tangan
Resepi Homemade Chocolate

Friday, October 22, 2010

Chinese Cream of Sweet Corn Sup

Resepi Chinese Cream of Sweet Corn Sup
Bahan-bahan :
1 tin jagung krim
 2 keping tauhu - potong kiub kecil
100 gm cendawan hitam - potong kiub kecil
100 gm lobak merah - potong kiub kecil
Garam secukup rasa
50 gm serbuk lada sulah
250 gm tepung jagung

Bahan untuk stok :
440 gm kubis cina
200 gm lobak merah
1 liter air
** Bahan-bahan ini dikukus selama 2 jam dan ambil airnya.

CARA MEMBUAT :
  • Tauhu, cendawan hitam dan lobak merah dicelur seketika.
  • Panaskan stok sayur-sayuran dan masukkan bahan-bahan yang dikukus, jagung, garam dan serbuk lada sulah.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung agar sup menjadi pekat dan lebih enak. Sedia untuk di hidang.
Chinese Cream of Sweet Corn Soup Recipe

Ikan Merah Kukus

Resepi Ikan Merah Kukus
Bahan-bahan untuk ikan :
1 ekor ikan merah - dibersihkan 
20 gm daun bawang - dihiris
20 gm halia              - dihiris
20 helai daun ketumbar - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sos :
5 sudu besar jus limau nipis
20 gm bawang merah - kisar
20 gm bawang putih - kisar
20 gm halia - kisar
3 biji kuning telur

CARA KUKUS IKAN :

  1. Masukan ikan yang telah dibersihkan kedalam bekas. Satukan bahan-bahan yang dihiris dan campurkan dengan ikan.
  2. Kemudian kukus selama 20 minit. Untuk menghidang tuangkan sos di atasnya.
CARA UNTUK SOS :
  • Gaulkan kesemua bahan dan kacau di atas api selama lima minit. Kemudian tuangkan ke atas ikan kukus tadi.

Wednesday, October 20, 2010

Kek Coklat Cinnamon

Resepi Kek Coklat Cinnamon
Bahan-bahan :
500 gm adunan kek rendah lemak Tegral
100 gm air
4 biji telur
16 gm serbuk koko
80 gm coklat masakan (dicairkan)
Sedikit serbuk kayu manis

CARA MENYEDIAKAN :
  • Masukkan adunan kek rendah lemak Tegral kedalam mangkuk bancuhan bersama bahan lain seperti air dan telur. Pukul bahan tersebut hingga kembang.
  • Kemudian panaskan coklat masakan sehingga cair dan tuangkan kedalam adunan kek. Gaul rata.
  • Masukkan adunan kedalam mangkuk pembakar. taburkan sedikit serbuk kayu manis di atasnya.
  • bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 190c atau sehingga masak.

Nota : Tepung rendah lemak Tegral adalah keluaran Puratos. Produknya adunan kek dan pastri. http://www.puratos.com

Steamed Fresh Shrimp Dumpling

Resepi Steamed Fresh Shrimp Dumpling

Bahan- bahan Inti :
500 gm isi udang
38 gm sengkuang cina - cincang halus
20 gm tepung jagung

Bahan untuk kulit :
150 gm tepung sagu
20 gm tepung jagung
150 gm air panas

Bahan perasa :
10 gm garam
12 gm serbuk perasa
20 gm gula
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecul serbuk lada sulah.

CARA MEMBUAT :
  • Campurkan isi udang dengan bahan-bahan perasa. Tumis hingga wangi.
  • Kemudian masukkan sengkuang cina dan tepung jagung. Kacau hingga rata. Angkat dan ketepikan seketika.
  • Dalam bekas lain ayak tepung sagu dan tepung jagung. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat hingga menjadi doh yang lembut. hati-hati jangan sampai bergentel.
  • Canai doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Canai setiap satu bahagian kecil menjadi bentuk bulat.
  • Ambil sedikit inti dan letakkan di atas doh. Doh dilipat dua dan buatkan bahagian tepinya seperti kulit kerang. ( mcm kuih pau)
  • kukus selama tiga minit dan hidang semasa panas.

Steamed Seaweed Roll

Resepi Steamed Seaweed Roll

Bahan-bahan :
500 gm isi ikan tenggiri
5 keping rumpai laut
50 gm daung bawang

Bahan-bahan perasa :
10 gm garam
12 gm tepung
24 gm gula
1 sudu minyak bijan
1/2 sudu serbuk lada sulah
10 gm tepung jagung

CARA MEMBUAT :
  • Ambil isi ikan, masukkan kedalam mangkuk.
  • Satukan bahan-bahan perasa. Renjis air dan gaul hingga sebati.
  • Ambil 200 gm adunan ikan tadi, dan letakkan di atas rumpai laut. Kemudian taburkan daun bawang. Gaul hingga lembut.
  • Canai adunan ikan tadi dan gulung. Kemudian kukus selama 10 minit.
  • Setelah masak, keluarkan dari pengkukus dan potong lapan bahagian. Hidangkan semasa masih panas.

Monday, October 18, 2010

Puding Keledek

Resepi Puding Keledek
BAHAN-BAHAN :
300 gm ubi keledek ( warna kuning/oren)
150 gm tepung ubi
100 gm gula kastor
300 ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT :
  1. Ubi keledek dibuang kulit dan potong kecil-kecil. Kukus atau rebus  selama 30 minit atau sehingga ubi keledek empuk
  2. Masukan ubi keledek tadi ke dalam bekas pengadun bersama tepung ubi dan gula kastor. Adun hingga sebati dan doh menjadi gebu.
  3. Tuangkan santan dan garam. Adun sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam acuan kecil. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
  6. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam hingga sebati. Kukus selama 20 minit dan biarkan sejuk.
  7. Gaulkan kelapa kukus tadi bersama puding keledek semasa menghidang.
Resepi : Chef Agnes Chong

** Kelapa dikukus terlebih dahulu agar kelapa parut tidak mudah basi. ( lebih tahan lama )

Ikan Bawal Masam Manis

Resepi Ikan Bawal Masam Manis




BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
3 sm halia                 - dimayang
5 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih  - dimayang
250 ml sos cili
100 ml air
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

  • Ikan yang dibersihkan hendaklah digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  • Kurangkan minyak lebihan menggoreng ikan.Gunakan minyak tersebut untuk menumis bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau.
  • Masukkan sos cili, air, garam dan gula.
  • Setelah kuahnya agak pekat, masukkan ikan tadi. Kacau rata seketika dan angkat.

Ayam Panggang Bercili

Resepi Ayam Panggang Bercili

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam - dibersihkan
3 sudu besar marjerin
10 ulas bawang putih - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
20 biji cili merah - dikisar
Sedikit air asam jawa

CARA MEMASAK :
  1. Lumurkan marjerin ke seluruh bahagian ayam. Kemudian panggang sehingga masak.
  2. Untuk sosnya ; satukan bahan-bahan yang dikisar dan air asam jawa, Masak di atas api sehingga pekat.
  3. Tuangkan sos keatas ayam ketika menghidang.

Tuesday, October 5, 2010

Coklat Bunga Sakura

Resepi Coklat Bunga Sakura
Bahan untuk inti :
60 ml susu cair
150 gm coklat susu kompaun
1 sudu besar pes kacang hazel
Pewarna merah jambu.

CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan susu cair dengan kaedah double boiler. Kemudian masukkan coklat susu. kacau sebati lalu masukkan pes kacang hazel. Sejukkan.
Bahan untuk membuat coklat :
50 gm coklat putih - dicairkan
150 gm coklat putih - dicairkan dengan pewarna ungu.
150 gm coklat susu - dicairkan.

CARA MEMBUATNYA :
  1. Tuangkan sedikit coklat putih berwarna merah jambu ke tengah bunga.
  2. Tuangkan coklat putih yang dicampurkan warna ungu ke acaun tadi. Paipkan inti kedalam coklat tadi.
  3. Penuhkan coklat ke dalam acaun. Sejukkan.

Coklat Pudina

Resepi Coklat Pudina
Bahan Untuk Inti
30 ml air
30 gm madu
150 gm coklat putih kompaun
Sedikit perasa pudina
Sedikit pewarna hijau

CARA MENYEDIAKAN :
  1. Panaskan air dan madu dengan menggunakan kaedah 'double boiler'.
  2. Setelah cair masukkan coklat putih. Kacau hingga sebati dan masukkan perasa pudina dan pewarna hijau. Kacau lagi.
  3. Sejukkan.
Bahan Untuk Coklat Pudina :
100 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampur dengan pewarna hijau.
150 gm coklat susu kompaun - dicairkan
100 gm coklat gelap kompaun - dicairkan
Sedikit perasa pudina

CARA MEMBUAT :
  • Tuangkan coklat putih yang dicampurkan dengan pewarna hijau kedalam acaun berbentuk daun. Bekukan seketika.
  • Satukan coklat susu dan coklat gelap kemudian masukkan sedikit perasa pudina.
  • Tuangkan setengah campuran coklat ke dalam acaun. Paipkan inti pudina kedalamnya.
  • Tuang coklat sehingga penuh acaun. Bekukan di dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit sebelum keluarkan dari acaun.
* Resepi kredit dari chef Asma, di MW.
   Gambar :  Coklat tu saya buat sendiri .

Tag : Resepi coklat buatan sendiri, Resepi homemade Chocolate .

Friday, October 1, 2010

Kek Coklat Lembap Bakar

Resepi Kek Coklat Lembap

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil soda bikarbonat
( kesemua bahan ini diayak dan disatukan)

2 biji telur
1 cawan minyak masak
2 cawan gula perang ( gula pasir juga boleh)
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan susu cair ( susu segar perisa coklat juga boleh)

CARA MEMBUAT :
  1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan gula dan esen vanila. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak.
  2. Masukkan sedikit sedikit bahan yang sudah diayak ke dalam adunan. Di selangi dengan susu cair.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan boleh dibakar sehingga masak.

Murtabak Berinti Daging

Resepi Murtabak Berinti Daging
Bahan-bahan :
600 gm tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
Air secukupnya

Bahan Inti :
300 gm daging cincang
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih  - di tumbuk
1/2 sudu kecil jintan putih - ditumbuk
1/2 sudu teh serbuk kari
2 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah        - dihiris
1 tangkai daun sup   - dihiris
1 biji telur
Sedikit minyak masak.
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
  • Satukan tepung gandum dan gula pasir. Satukan garam dengan air. Tuang ke adunan tepung dan gaul hingga lembut. Ketepikan.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan serbuk kari, garam dan bahan-bahan yang dihiris. Bila agak kering pecahkan sebiji telur. Masak hingga kering.
  • Ambil sedikit adunan dan canaikan nipis-nipis(mcm buat roti canai). Masukkan inti, lipat empat persegi dan goreng hingga masak.

Pulut Panggang

Resepi Pulut Panggang
Bahan-bahan :
300 gm beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam
Daun pisang (dilayur)
Lidi @ stapler

Bahan Inti :
1/2 biji kelapa muda parut
100 gm udang kering - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih -  dikisar
1 batang serai          -  dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam

CARA MEMBUAT :
  1. Pulut direndam semalaman. Kemudian tanak bersama santan dan garam hingga masak. Sejukkan.
  2. Untuk Inti : Gaulkan bahan yang dikisar berserta serbuk kunyit dan kelapa parut hingga sebati. Kemudian goreng tanpa minyak hingga masak. sejukkan.
  3. Ambil sedikit pulut dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan ini di dalam dan gulung kemas. cucuk bahagian hujung daun dengan lidi atau 'stapler' hujungnya.
  4. Buat sehingga habis. Panggang di atas bara hingga garing.

Quenari's Kitchen   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP