Friday, July 16, 2010

Kek Buah Oren

Resepi Kek Oren

Bahan-Bahan Kek :
125 gm mentega
200 gm gula castor
3 biji telur
250 gm tepung naik sendiri
1 sudu besar parutan kulit limau
1 sudu teh perisa oren
2 sudu teh pewarna kuning

Bahan Aising Oren :
2 cawan gula aising
125 gm mentega
3 sudu besar jus oren
1 sudu teh perisa oren
Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN KEK :
  1. Pukul mentega dengan gula. Masukkan parutan kulit limau, perisa oren dan pewarna kuning.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Pukul.
  3. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri. Kacau sebati.
  4. Bakar selama 40 minit pada kepanasan 160c atau sehingga masak.
PENYEDIAAN AISING OREN :
  1. Mentega dipukul dengan gula aising hingga gebu.
  2. Masukkan jus oren serta sedikit pewarna kuning.
  3. Sapu di atas kek bila kek sudah sejuk.
  4. Hiaskan kek.

Coklat Kekacang Buahan

Resepi Coklat Kekacang Buah-Buahan


Bahan-bahannya :
30 gm tepung gandum
250 gm coklat (dicairkan)
125 gm asam manis
125 gm kacang hazel ( cincang halus )
125 gm buah-buahan campuran
90 gm kelapa dalam tin
75 gm jem perasa limau
60 gm gula halus
155 gm badam ( dicincang )
Gula aising untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN :
  1. Masukkan badam, kacang hazel, buahan campur, kelapa , jem , gula, tepung dan asam manis ke dalam bekas. Putar hingga rata kemudian masukkan coklat cair, dikacau rata.
  2. Sediakan acuan 7x11 inci, sapukan mentega. Masukkan adunan dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
  3. Sejukkan dan tabur gula aising di atas nya untuk hiasan. Potong ikut citarasa.

Thursday, July 15, 2010

Kek Lapis Prune

Resepi Kek Lapis Prune

Bahan-bahan :
1 cawan buah prunes
320 gm mentega
200 gm gula cstor
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh perisa coklat
4 biji telur
150 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan air
2 sudu teh pewarna kuning

CARA PENYEDIAN :
  1. Rebus buah prunes bersama-sama 1 1/2 cawan air. Kemudian di potong 4.
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu demi satu.
  4. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.
  5. Adunan di bahagi dua.
  6. Satu adunan dimasukkan pewarna kuning. Satu adunan dimasukkan serbuk koko, perisa coklat dan dicampur dengan buah prunes yang telah direbus tadi.
  7. Masukkan 1/2 cawan susu ke dalam adunan berwarna kuning.
  8. Masukkan ke dalam acuan kek berselang seli dengan adunan coklat dan kuning dan di bakar hingga masak.

Wednesday, July 14, 2010

Jeli Pelangi

Resepi Jeli Pelangi


Bahan-bahan :
Jeli A
21 gm serbuk agar-agar
280 gm gula pasir
1450 ml air
1/2 sudu kecil perisa pandan
Pewarna merah dan biru - dicampur ketika menuang agar-agar di dalam acuan

Jeli B
20 gm serbuk agar-agar
350 gm gula pasir
1100 ml air
400 ml santan
1/2 sudu perisa durian ( ikut suka )
Pewarna kuning - dicampur ketika menuang agar-agar di dalam acuan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Masak bahan-bahan bagi jeli A (kecuali warna) hingga larut dan mendidih.
  2. Masak bahan-bahan bagi jeli B (kecuali warna) hingga larut dan mendidih.
  3. Sediakan acuan seperti acuan kek dam, tetapi tinggi sedikit.
  4. Bancuhkan sedikit agar-agar dengan empat warna berasingan dan letakkan di bahagian bawah acuan berselang seli sebagai asas.
  5. Setelah asasnya keras, tuangkan santan kira-kira 300 ml dan setelah separuh keras, masukkan pembahagi acuan biarkan sehingga agar-agar keras.
  6. Tuangkan agar-agar warna-warna lain ke dalam acuan mengikut citarasa sendiri asalkan warnanya berselang seli.
  7. Setelah semua agar-agar keras, angkat pembahaginya dan tuangkan baki agar-agar perisa pandan atau durian sehingga habis. Hiaskan jika suka.

Kek Coklat Lapis Talam

Resepi Kek Coklat Lapis Talam

Bahan Kek 
125 gm mentega
100 gm gula
100 gm tepung naik sendiri
20 gm serbuk koko
3 biji telur
Esen vanila

Bahan Talam
3 x 60 gm serbuk krim kelapa
220 gm gula
100 gm tepung Hon Kwee
900 ml air
1 1/2 sudu besar jeli segera
Sedikit esen kelapa
Sedikit esen pandan

CARA PENYEDIAAN :
  1. Untuk membuat kek, pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur dan gaul hingga sebati.Masukkan tepung dan vanila. Kacau lagi. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar hingga kek masak. Apabila sejuk potong kepada tiga lapis.
  2. Untuk membuat lapisan talam, satukan ke semua bahan dan masak di api sederhana hingga pekat.
  3. Lapiskan kek dengan talam dan biar beku. Setelah beku bolehlah di potong.

Tuesday, July 13, 2010

Cuci Tangan

Mari masak sendiri .

Saya seorang wanita. Pada mulanya saya memang seorang yang malas untuk masuk ke dapur iaitu untuk memasak. Selalu beli sahaja makanan di luar atau makan di restoran-restoran. Sampai satu tahap saya mula tidak tahu apa yang harus saya makan atau order semasa di restoran. Macam terasa jemu pula makan di luar.

Satu hari tergerak pula hati hendak memasak. Mula saya memasak nasi ( guna rice cooker saje kan ). Masukkan beras, letak air tekan suis , tinggal dan dah masak. Alamak! tapi apa yang harus  saya masak untuk laukknya. Puas saya fikir tapi tiada satu pun yang terlintas di fikiran, (sebenarnya tidak tahu pun nak masak apa).

Akhirnya, perut sudah terasa lapar, saya goreng saya nasi itu. Buat nasi goreng, campur sayur-sayur, tambah lah apa yang ada . Terasa seronok pula memasak. lebih-lebih lagi bila kengkawan serumah juga merasa dan memuji masakan saya yang pertama kalinya. Tidak pasti lah samada mereka memuji ikhlas atau sekadar ambil hati. Hahaha..

Bermula dari itu lah saya mula memasak sendiri. seronok pun ada bila di dapur. Mulalah sibuk cari-cari resepi di majalah. Banyak juga majalah yang ada resepi saya simpan dan cuba-cuba membuatnya. Ada yang menjadi dan ada juga yang terpaksa ketawa sendiri bila tidak menjadi. Tapi kepuasan diri di dapur itu yang penting.

Disebabkan saya sayang jika majalah-majalah saya ini yang ada resepi hilang atau terkoyak, terfikir pula untuk saya simpan di Quenary's Kitchen ini, iaitu blog saya sendiri. Di lain masa boleh jugalah saya selongkar balik resepi-resepi itu di sini saja. Resepi-resepi di Quenary's Kitchen ini banyak saya ambil di majalah-majalah , juga resepi sendiri, resepi kawan-kawan dan juga resepi dari keluarga.

Untuk kegunaan saya juga nanti. Yahuuuu !!! Kini saya ada dapur sendiri !! Saya dah pandai memasak sendiri !!

My Quenary's Kitchen - Let's start cooking.
Mari masak dan makan.

Quenari's Kitchen   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP