Puding Keledek
CARA MEMBUAT :
- Ubi keledek dibuang kulit dan potong kecil-kecil. Kukus atau rebus selama 30 minit atau sehingga ubi keledek empuk
- Masukan ubi keledek tadi ke dalam bekas pengadun bersama tepung ubi dan gula kastor. Adun hingga sebati dan doh menjadi gebu.
- Tuangkan santan dan garam. Adun sebati.
- Tuangkan adunan kedalam acuan kecil. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
- Setelah masak, biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
- Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam hingga sebati. Kukus selama 20 minit dan biarkan sejuk.
- Gaulkan kelapa kukus tadi bersama puding keledek semasa menghidang.
** Kelapa dikukus terlebih dahulu agar kelapa parut tidak mudah basi. ( lebih tahan lama )
0 Comments:
Post a Comment