Kek Lapis Prune
Bahan-bahan :
1 cawan buah prunes
320 gm mentega
200 gm gula cstor
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh perisa coklat
4 biji telur
150 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan air
2 sudu teh pewarna kuning
CARA PENYEDIAN :
- Rebus buah prunes bersama-sama 1 1/2 cawan air. Kemudian di potong 4.
- Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
- Masukkan telur satu demi satu.
- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.
- Adunan di bahagi dua.
- Satu adunan dimasukkan pewarna kuning. Satu adunan dimasukkan serbuk koko, perisa coklat dan dicampur dengan buah prunes yang telah direbus tadi.
- Masukkan 1/2 cawan susu ke dalam adunan berwarna kuning.
- Masukkan ke dalam acuan kek berselang seli dengan adunan coklat dan kuning dan di bakar hingga masak.
0 Comments:
Post a Comment