Kek Buah Oren
Bahan-Bahan Kek :
125 gm mentega
200 gm gula castor
3 biji telur
250 gm tepung naik sendiri
1 sudu besar parutan kulit limau
1 sudu teh perisa oren
2 sudu teh pewarna kuning
Bahan Aising Oren :
2 cawan gula aising
125 gm mentega
3 sudu besar jus oren
1 sudu teh perisa oren
Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN KEK :
- Pukul mentega dengan gula. Masukkan parutan kulit limau, perisa oren dan pewarna kuning.
- Masukkan telur satu demi satu. Pukul.
- Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri. Kacau sebati.
- Bakar selama 40 minit pada kepanasan 160c atau sehingga masak.
- Mentega dipukul dengan gula aising hingga gebu.
- Masukkan jus oren serta sedikit pewarna kuning.
- Sapu di atas kek bila kek sudah sejuk.
- Hiaskan kek.
0 Comments:
Post a Comment