Cuci Tangan
Mari masak sendiri .
Saya seorang wanita. Pada mulanya saya memang seorang yang malas untuk masuk ke dapur iaitu untuk memasak. Selalu beli sahaja makanan di luar atau makan di restoran-restoran. Sampai satu tahap saya mula tidak tahu apa yang harus saya makan atau order semasa di restoran. Macam terasa jemu pula makan di luar.
Satu hari tergerak pula hati hendak memasak. Mula saya memasak nasi ( guna rice cooker saje kan ). Masukkan beras, letak air tekan suis , tinggal dan dah masak. Alamak! tapi apa yang harus saya masak untuk laukknya. Puas saya fikir tapi tiada satu pun yang terlintas di fikiran, (sebenarnya tidak tahu pun nak masak apa).
Akhirnya, perut sudah terasa lapar, saya goreng saya nasi itu. Buat nasi goreng, campur sayur-sayur, tambah lah apa yang ada . Terasa seronok pula memasak. lebih-lebih lagi bila kengkawan serumah juga merasa dan memuji masakan saya yang pertama kalinya. Tidak pasti lah samada mereka memuji ikhlas atau sekadar ambil hati. Hahaha..
Bermula dari itu lah saya mula memasak sendiri. seronok pun ada bila di dapur. Mulalah sibuk cari-cari resepi di majalah. Banyak juga majalah yang ada resepi saya simpan dan cuba-cuba membuatnya. Ada yang menjadi dan ada juga yang terpaksa ketawa sendiri bila tidak menjadi. Tapi kepuasan diri di dapur itu yang penting.
Disebabkan saya sayang jika majalah-majalah saya ini yang ada resepi hilang atau terkoyak, terfikir pula untuk saya simpan di Quenary's Kitchen ini, iaitu blog saya sendiri. Di lain masa boleh jugalah saya selongkar balik resepi-resepi itu di sini saja. Resepi-resepi di Quenary's Kitchen ini banyak saya ambil di majalah-majalah , juga resepi sendiri, resepi kawan-kawan dan juga resepi dari keluarga.
Untuk kegunaan saya juga nanti. Yahuuuu !!! Kini saya ada dapur sendiri !! Saya dah pandai memasak sendiri !!
My Quenary's Kitchen - Let's start cooking.
Mari masak dan makan.
0 Comments:
Post a Comment