Monday, November 8, 2010

Coklat D'Hati

Resepi Coklat D'Hati
Bahan-bahan :
300 gm coklat putih kompaun - dicairkan berasingan
200 gm coklat gelap kompaun - dicairkan berasingan
100 gm badam cincang - di bakar
20 gm pes kacang hazel

CARA MEMBUAT :
  • Untuk lapisan pertama, masukkan 50gm badam kedalam coklat putih dan kacau sebati. Tuang coklat ke dalam acuan dan sejukkan dalam petisejuk lebih kurang 10 minit.
  • Lapisan kedua, masukkan 50 gm badam dan pes kacang hazel ke dalam coklat gelap. Kacau sebati dan tuangkan coklat ke atas lapisan tadi.
  • Bekukan coklat di dalam peti sejuk sehingga beku.

Resepi Coklat Berbentuk Hati
Resepi Coklat 'Love'

Coklat Edible Image Berbiskut

Resepi Coklat Edible Image Berbiskut
Bahan-bahan :
150gm coklat susu kompaun
50 gm coklat gelap kompaun
10 gm pes kacang hazel
8 keping biskut coklat berkrim
8 keping 'edible image'

CARA MEMBUAT :
  • Cairkan coklat susu dan coklat gelap berasingan. Kemudian satukan coklat tersebut dan campurkan pes kacang hazel.
  • Tuangkan sebahagian coklat ke dalam acuan, letakkan biskut ditengah dan tuangkan sebahagian lagi coklat menutupi biskut.
  • Bekukan dalam peti sejuk selama 20 minit atau sehingga beku.
  • Keluarkan dan lekatkan 'edible image' .

Homemade Chocolate Recipe
Resepi Coklat Barbie
Resepi Coklat Mickey

Friday, October 29, 2010

Coklat Strawberry

Resepi Coklat Strawberry
Bahan Untuk Inti :
30 ml air
30 gm madu
150 gm coklat putih kompaun
20 gm jem strawberry

CARA MEMBUAT INTI :
  • Panaskan air dan madu dengan kaedah double boiler.
  • Setelah cair, masukkan coklat putih. Kacau hingga sebati lalu masukkan jem strawberri.
  • Sejukkan inti sebelum digunakan.
Bahan Untuk Coklat :
50 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampurkan dengan sedikit pewarna hijau.
300 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampurkan dengan sedikit pewarna merah/merah jambu.

CARA MEMBUAT COKLAT :
  • Tuangkan coklat putih berwarna hijau untuk membuat tampok buah. Sejukkan.
  • Tuangkan setengah coklat putih berwarna merah, sapukan keliling acuan supaya menjadi kelongsong.
  • Bekukan dalam peti sejuk sebentar. Kemudian paipkan jem strawberry kedalam kelongsong. Bekukan lagi.
  • Tutup kelongsong dengan coklat putih warna merah sepenuhnya. Bekukan lagi. Boleh keluarkan dari acuan setelah beku.
Resepi Coklat Buatan Tangan
Resepi Homemade Chocolate

Friday, October 22, 2010

Chinese Cream of Sweet Corn Sup

Resepi Chinese Cream of Sweet Corn Sup
Bahan-bahan :
1 tin jagung krim
 2 keping tauhu - potong kiub kecil
100 gm cendawan hitam - potong kiub kecil
100 gm lobak merah - potong kiub kecil
Garam secukup rasa
50 gm serbuk lada sulah
250 gm tepung jagung

Bahan untuk stok :
440 gm kubis cina
200 gm lobak merah
1 liter air
** Bahan-bahan ini dikukus selama 2 jam dan ambil airnya.

CARA MEMBUAT :
  • Tauhu, cendawan hitam dan lobak merah dicelur seketika.
  • Panaskan stok sayur-sayuran dan masukkan bahan-bahan yang dikukus, jagung, garam dan serbuk lada sulah.
  • Akhir sekali masukkan tepung jagung agar sup menjadi pekat dan lebih enak. Sedia untuk di hidang.
Chinese Cream of Sweet Corn Soup Recipe

Ikan Merah Kukus

Resepi Ikan Merah Kukus
Bahan-bahan untuk ikan :
1 ekor ikan merah - dibersihkan 
20 gm daun bawang - dihiris
20 gm halia              - dihiris
20 helai daun ketumbar - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan-bahan sos :
5 sudu besar jus limau nipis
20 gm bawang merah - kisar
20 gm bawang putih - kisar
20 gm halia - kisar
3 biji kuning telur

CARA KUKUS IKAN :

  1. Masukan ikan yang telah dibersihkan kedalam bekas. Satukan bahan-bahan yang dihiris dan campurkan dengan ikan.
  2. Kemudian kukus selama 20 minit. Untuk menghidang tuangkan sos di atasnya.
CARA UNTUK SOS :
  • Gaulkan kesemua bahan dan kacau di atas api selama lima minit. Kemudian tuangkan ke atas ikan kukus tadi.

Wednesday, October 20, 2010

Kek Coklat Cinnamon

Resepi Kek Coklat Cinnamon
Bahan-bahan :
500 gm adunan kek rendah lemak Tegral
100 gm air
4 biji telur
16 gm serbuk koko
80 gm coklat masakan (dicairkan)
Sedikit serbuk kayu manis

CARA MENYEDIAKAN :
  • Masukkan adunan kek rendah lemak Tegral kedalam mangkuk bancuhan bersama bahan lain seperti air dan telur. Pukul bahan tersebut hingga kembang.
  • Kemudian panaskan coklat masakan sehingga cair dan tuangkan kedalam adunan kek. Gaul rata.
  • Masukkan adunan kedalam mangkuk pembakar. taburkan sedikit serbuk kayu manis di atasnya.
  • bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 190c atau sehingga masak.

Nota : Tepung rendah lemak Tegral adalah keluaran Puratos. Produknya adunan kek dan pastri. http://www.puratos.com

Steamed Fresh Shrimp Dumpling

Resepi Steamed Fresh Shrimp Dumpling

Bahan- bahan Inti :
500 gm isi udang
38 gm sengkuang cina - cincang halus
20 gm tepung jagung

Bahan untuk kulit :
150 gm tepung sagu
20 gm tepung jagung
150 gm air panas

Bahan perasa :
10 gm garam
12 gm serbuk perasa
20 gm gula
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecul serbuk lada sulah.

CARA MEMBUAT :
  • Campurkan isi udang dengan bahan-bahan perasa. Tumis hingga wangi.
  • Kemudian masukkan sengkuang cina dan tepung jagung. Kacau hingga rata. Angkat dan ketepikan seketika.
  • Dalam bekas lain ayak tepung sagu dan tepung jagung. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat hingga menjadi doh yang lembut. hati-hati jangan sampai bergentel.
  • Canai doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Canai setiap satu bahagian kecil menjadi bentuk bulat.
  • Ambil sedikit inti dan letakkan di atas doh. Doh dilipat dua dan buatkan bahagian tepinya seperti kulit kerang. ( mcm kuih pau)
  • kukus selama tiga minit dan hidang semasa panas.

Steamed Seaweed Roll

Resepi Steamed Seaweed Roll

Bahan-bahan :
500 gm isi ikan tenggiri
5 keping rumpai laut
50 gm daung bawang

Bahan-bahan perasa :
10 gm garam
12 gm tepung
24 gm gula
1 sudu minyak bijan
1/2 sudu serbuk lada sulah
10 gm tepung jagung

CARA MEMBUAT :
  • Ambil isi ikan, masukkan kedalam mangkuk.
  • Satukan bahan-bahan perasa. Renjis air dan gaul hingga sebati.
  • Ambil 200 gm adunan ikan tadi, dan letakkan di atas rumpai laut. Kemudian taburkan daun bawang. Gaul hingga lembut.
  • Canai adunan ikan tadi dan gulung. Kemudian kukus selama 10 minit.
  • Setelah masak, keluarkan dari pengkukus dan potong lapan bahagian. Hidangkan semasa masih panas.

Monday, October 18, 2010

Puding Keledek

Resepi Puding Keledek
BAHAN-BAHAN :
300 gm ubi keledek ( warna kuning/oren)
150 gm tepung ubi
100 gm gula kastor
300 ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu kecil garam

CARA MEMBUAT :
  1. Ubi keledek dibuang kulit dan potong kecil-kecil. Kukus atau rebus  selama 30 minit atau sehingga ubi keledek empuk
  2. Masukan ubi keledek tadi ke dalam bekas pengadun bersama tepung ubi dan gula kastor. Adun hingga sebati dan doh menjadi gebu.
  3. Tuangkan santan dan garam. Adun sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam acuan kecil. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
  6. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam hingga sebati. Kukus selama 20 minit dan biarkan sejuk.
  7. Gaulkan kelapa kukus tadi bersama puding keledek semasa menghidang.
Resepi : Chef Agnes Chong

** Kelapa dikukus terlebih dahulu agar kelapa parut tidak mudah basi. ( lebih tahan lama )

Ikan Bawal Masam Manis

Resepi Ikan Bawal Masam Manis




BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan bawal
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
3 sm halia                 - dimayang
5 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih  - dimayang
250 ml sos cili
100 ml air
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK :

  • Ikan yang dibersihkan hendaklah digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
  • Kurangkan minyak lebihan menggoreng ikan.Gunakan minyak tersebut untuk menumis bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau.
  • Masukkan sos cili, air, garam dan gula.
  • Setelah kuahnya agak pekat, masukkan ikan tadi. Kacau rata seketika dan angkat.

Ayam Panggang Bercili

Resepi Ayam Panggang Bercili

BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam - dibersihkan
3 sudu besar marjerin
10 ulas bawang putih - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
20 biji cili merah - dikisar
Sedikit air asam jawa

CARA MEMASAK :
  1. Lumurkan marjerin ke seluruh bahagian ayam. Kemudian panggang sehingga masak.
  2. Untuk sosnya ; satukan bahan-bahan yang dikisar dan air asam jawa, Masak di atas api sehingga pekat.
  3. Tuangkan sos keatas ayam ketika menghidang.

Tuesday, October 5, 2010

Coklat Bunga Sakura

Resepi Coklat Bunga Sakura
Bahan untuk inti :
60 ml susu cair
150 gm coklat susu kompaun
1 sudu besar pes kacang hazel
Pewarna merah jambu.

CARA MEMBUATNYA :
  • Panaskan susu cair dengan kaedah double boiler. Kemudian masukkan coklat susu. kacau sebati lalu masukkan pes kacang hazel. Sejukkan.
Bahan untuk membuat coklat :
50 gm coklat putih - dicairkan
150 gm coklat putih - dicairkan dengan pewarna ungu.
150 gm coklat susu - dicairkan.

CARA MEMBUATNYA :
  1. Tuangkan sedikit coklat putih berwarna merah jambu ke tengah bunga.
  2. Tuangkan coklat putih yang dicampurkan warna ungu ke acaun tadi. Paipkan inti kedalam coklat tadi.
  3. Penuhkan coklat ke dalam acaun. Sejukkan.

Coklat Pudina

Resepi Coklat Pudina
Bahan Untuk Inti
30 ml air
30 gm madu
150 gm coklat putih kompaun
Sedikit perasa pudina
Sedikit pewarna hijau

CARA MENYEDIAKAN :
  1. Panaskan air dan madu dengan menggunakan kaedah 'double boiler'.
  2. Setelah cair masukkan coklat putih. Kacau hingga sebati dan masukkan perasa pudina dan pewarna hijau. Kacau lagi.
  3. Sejukkan.
Bahan Untuk Coklat Pudina :
100 gm coklat putih kompaun - dicairkan & dicampur dengan pewarna hijau.
150 gm coklat susu kompaun - dicairkan
100 gm coklat gelap kompaun - dicairkan
Sedikit perasa pudina

CARA MEMBUAT :
  • Tuangkan coklat putih yang dicampurkan dengan pewarna hijau kedalam acaun berbentuk daun. Bekukan seketika.
  • Satukan coklat susu dan coklat gelap kemudian masukkan sedikit perasa pudina.
  • Tuangkan setengah campuran coklat ke dalam acaun. Paipkan inti pudina kedalamnya.
  • Tuang coklat sehingga penuh acaun. Bekukan di dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit sebelum keluarkan dari acaun.
* Resepi kredit dari chef Asma, di MW.
   Gambar :  Coklat tu saya buat sendiri .

Tag : Resepi coklat buatan sendiri, Resepi homemade Chocolate .

Friday, October 1, 2010

Kek Coklat Lembap Bakar

Resepi Kek Coklat Lembap

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil soda bikarbonat
( kesemua bahan ini diayak dan disatukan)

2 biji telur
1 cawan minyak masak
2 cawan gula perang ( gula pasir juga boleh)
1 sudu kecil esen vanilla
2 cawan susu cair ( susu segar perisa coklat juga boleh)

CARA MEMBUAT :
  1. Pukul telur hingga kembang dan masukkan gula dan esen vanila. Pukul hingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak.
  2. Masukkan sedikit sedikit bahan yang sudah diayak ke dalam adunan. Di selangi dengan susu cair.
  3. Masukkan ke dalam loyang dan boleh dibakar sehingga masak.

Murtabak Berinti Daging

Resepi Murtabak Berinti Daging
Bahan-bahan :
600 gm tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
Air secukupnya

Bahan Inti :
300 gm daging cincang
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih  - di tumbuk
1/2 sudu kecil jintan putih - ditumbuk
1/2 sudu teh serbuk kari
2 biji bawang besar - dihiris
2 biji cili merah        - dihiris
1 tangkai daun sup   - dihiris
1 biji telur
Sedikit minyak masak.
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :
  • Satukan tepung gandum dan gula pasir. Satukan garam dengan air. Tuang ke adunan tepung dan gaul hingga lembut. Ketepikan.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang ditumbuk. Masukkan serbuk kari, garam dan bahan-bahan yang dihiris. Bila agak kering pecahkan sebiji telur. Masak hingga kering.
  • Ambil sedikit adunan dan canaikan nipis-nipis(mcm buat roti canai). Masukkan inti, lipat empat persegi dan goreng hingga masak.

Pulut Panggang

Resepi Pulut Panggang
Bahan-bahan :
300 gm beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Sedikit garam
Daun pisang (dilayur)
Lidi @ stapler

Bahan Inti :
1/2 biji kelapa muda parut
100 gm udang kering - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih -  dikisar
1 batang serai          -  dikisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam

CARA MEMBUAT :
  1. Pulut direndam semalaman. Kemudian tanak bersama santan dan garam hingga masak. Sejukkan.
  2. Untuk Inti : Gaulkan bahan yang dikisar berserta serbuk kunyit dan kelapa parut hingga sebati. Kemudian goreng tanpa minyak hingga masak. sejukkan.
  3. Ambil sedikit pulut dan ratakan di atas daun pisang. Letakkan ini di dalam dan gulung kemas. cucuk bahagian hujung daun dengan lidi atau 'stapler' hujungnya.
  4. Buat sehingga habis. Panggang di atas bara hingga garing.

Thursday, September 30, 2010

Apom Manis Aiskrim

Resepi Apom Manis Aiskrim ( Apam Bunga Comel)
Bahan-Bahan :
200gm tepung gandum
200gm gula halus
1 sudu teh ovalette
2 biji telur
150ml aiskrim soda
1 sudu teh esen vanila
Beberapa pewarna
Kertas putih

CARA MEMBUAT :
  • Putar gula bersama telur sehingga putih gebu. Masukkan ovalette dan esen vanila.
  • Kacau rata dan masukkan tepung. Akhir sekali masukkan aiskrim soda. Putar sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa warna. Sementara itu sedikan kun dari kertas putih.
  • Paipkan adunan kedalam bekas kun. Kukus lebih kurang 15 minit. Sedia untuk dimakan.

** Adunan ini rasanya manis, boleh kurangkan gula hanya 150gm.

Pisang Muda Masak Lemak

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Kuning
Bahan-bahan :
8 biji pisang muda - dibuang kulit luar dan dihiris kecil
6 biji bawang kecil - dikisar
2sm kunyit hidup - dikisar
50gm ikan bilis _ ditumbuk kasar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
500ml santan pekat
1/2 helai daun kunyit - dicarik
Sedikit soon - direndam
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
  •  Pisang direbus seketika terlebih dahulu.
  • Masak santan bersama bahan kisar dan biarkan masak seketika.
  • Kemudian masukkan ikan bilis, serbuk kunyit, serbuk lada hitam. Kacau rata.
  • Setelah itu masukkan pisang, soon dan daun kunyit. Biarkan masak dengan api sederhana. Kacau sentiasa.
  • Setelah pisang empuk, masukkan garam secukupnya. Tutup api dan sedia dihidang.

Ayam Goreng Madu

Resepi Ayam Goreng Madu
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ( bersihkan dan potong 12)
3 tangkai cili merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas  bawang merah - kisar
3 sudu besar minyak masak
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar madu

CARA MENYEDIAKAN :
  1. Goreng ayam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan cili kisar, sos tomato, sos cili dan madu. Kacau rata sehingga mendidih.
  4. Setelah itu, masukkan ayam tadi. Tambah garam secukup rasa.
  5. Kacau seketika , angkat dan hidangkan.

Udang Goreng Mentega

Resepi Udang Goreng Mentega
Bahan-Bahan :
Udang
1 batang serai
1 tangkai lada merah
1 tangkai lada hijau
2 ulas bawang putih
Sedikit daun kari
1 sudu mentega
Sedikit tepung jagung
1 butir telur
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT :
  • Cincang serai, lada merah, lada hijau, bawang putih dan daun kari sehingga halus.
  • Celupkan udang ke dalam telur dan tepung jagung lalu digoreng.
  • Tumiskan bahan bahan yang dicincang bersama mentega sehingga bangkit baunya.
  • Masukkan udang yang telah digoreng dan sedikit garam.
  • Sedia untuk dihidang.

Friday, September 24, 2010

Rendang Daging Minang

Resepi Rendang Daging Minang
Bahan-bahan :
1 kg daging
4 labu bawang besar (kisar)
10 ulas bawang merah (kisar)
10 ulas bawang putih (kisar)
2 sm halia (kisar)
2 sm lengkuas (kisar)
5 batang serai (kisar)
15 tangkai cili kering (kisar)
20 tangkai cili padi (kisar)
100 gm kerisik
3 helai daun kunyit (racik)
4 helai daun limau purut (racik)
2 helai daun selom (racik)
4 sudu besar minyak
500 gm santan
Sedikit garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN :
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bahan-bahan kisar yang lain dan kacau sehingga garing.
  2. Seterusnya, masukkan daging bersama santan, garam, dan gula.
  3. Renehkan atas api sederhana sehingga air daging kering sambil kacau sekali-sekala.
  4. Setelah itu masukkan kerisik bersama daun kunyit, daun limau purut dan daun selom.
  5. Kacau rata , setelah daging empuk angkat dan hidang.

Ayam Goreng Ketumbar

Resepi Ayam Goreng Ketumbar
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 8
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar ketumbar - kisar kasar
1 sudu besar jintan putih
1 ulas bawang merah    - kisar
2 ulas bawang putih      - kisar
1 sm halia                     - kisar
1 sm lengkuas               - kisar
1 biji telur
3 sudu besar tepung beras

CARA MENGGORENG :
  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Kemudian perapkan ayam bersama semua bahan yang telah dicampur di atas selama 30 minit.
  3. Setelah itu goreng dan boleh dihidang.

Nasi Lemak Kukus

Resepi Nasi Lemak Kukus

Bahan-bahan ;
1kg beras siam 9bersihkan dan rendam 2 jam)
3 cawan pati santan
3 helai daun pandan
1 labu bawang besar - dimayang halus

CARA MENGUKUS :
  • Terlebih dahulu masakkan santan bersama sedikit garam, bawang dan daun pandan. Ketepikan.
  • Kemudian, panaskan air kukusan dan kukus beras beras yang direndam tadi selama 15 minit.
  • Setelah itu masukkan beras ke dalam santan yang telah dimasak tadi dan perap selama 10 - 15 minit.
  • Seterusnya, tapis beras yang sudah bersantan dan kukus sekali lagi.
  • Baki santan yang tinggal juga turut dikukus dan direnjiskan pada nasi lemak tadi.
Enak dimakan ketika masih panas bersama sambal tumis, ayam goreng, ikan bilis goreng dan juga hirisan timun.

Kuih Ros atau Kuih Goyang

Resepi Kuih Ros atau Kuih goyang

Bahan-Bahan :
500 gm tepung beras
4 cawan santan - bergantung juga pada kepekatan
2 sudu teh garam
1 biji telur

CARA MEMBUATNYA :
  • Kesemua bahan di campurkan dan gaul rata. Pastikan gula hancur dan tepung tidak bergentil. Adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Tapis adunan.
  • Panaskan kuali. Panaskan 'mould' kuih ros dalam minyak panas terlebih dahulu barulah dicelup dalam adunan. Celupan hendaklah tidak memenuhi atas 'mould'.
  • Angkat mould dan masukkan dalam kuali. Goyang-goyangkan mould sehingga kuih terlepas dari mould. Bila sudah kekuningan bolehlah di angkat.

Triangle Marble Cookies

Resepi Triangle Marble Cookies
Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan tepung naik sendiri.
1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh serbuk penaik

1 cawan nestum  - dikisar
1/2 cawan gula kastor
250 gm buttercup

Coklat masakan secukupnya.
Coklat putih secukupnya.

 CARA MEMBUATNYA :
  1. Ayak tepung naik sendiri, tepung beras dan serbuk penaik bersama.
  2. Pukul buttercup dan gula kastor hingga sebati. Masukkan nestum dan campuran tepung tadi. Adun sama sehingga sebati.
  3. Masukkan dalam loyang dan bakar sehingga masak. Keluarkan dan sejukkan.
  4. Sementara itu cairkan coklat masakan secara double boiler. Sapukan coklat atas biskut tadi. Sejukkan.
  5. Setelah cokat mengeras boleh lah dipotong segitiga. Hiaskan di atasnya dengan coklat putih.

Apam Gula Hangus

Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan :

Bahan A
150gm gula
200gm marjerin
200ml air

Bahan B
300gm tepung
150gm gula
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur
1 tin susu cair

CARA MEMBUAT :
  • Masak bahan A hingga larut. Ketepikan.
  • Pukul telur bersama telur hingga larut.
  • Masukkan susu cair. Adun sebati. Campurkan tepung, soda bikarbonat. Adun lagi hingga sebati.
  • Satukan bahan A ke dalam adunan tadi. Gaul rata. Masukkan dalam acuan dan kukus hingga masak.

Thursday, September 23, 2010

Butter Cup Cakes

Resepi Butter Cup Cakes
Bahan-Bahan :
260 gm mentega
1/2 cawan susu
4 biji telur
250 gm gula kastor
200 gm tepung naik sendiri
60 gm tepung gandum

Bahan Untuk Aising
3 cawan gula aising
2 biji putih telur
Jus lemon

CARA MEMBUAT :
  • Pukul mentega bersama gula sehingga adunan sebati. Kemudian tambahkan telur sebiji demi sebiji. Elakkan memukul telur secara berlebihan.
  • Masukkan pula tepung. Gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati. Masukkan pula susu dan kacau lagi. Letakkan adunan di dalam cawan kertas yang kecil.
  • Bakar di dalam ketuhar selama 15 minit sehingga masak.
  • Untuk menyediakan aising, pukul gula aising sehingga sebati. Kemudian masukkan putih telur dan jus lemon, pukul sehingga adunan menjadi lembut.
  • Bahagikan gula aising kepada beberapa bahagian dengan berbagai warna kegemaran. Hiaskan diatas kek dan letakkan gummy bear sebagai hiasan.

Puding Suji

Resepi Puding Suji


Bahan-bahan :
2 liter susu segar
300gm gula
200gm tepung suji
8 biji kuning telur
10gm garam

CARA MEMBUAT :
  • Didihkan susu segar di atas api yang sederhana.
  • Kemudian masukkan pula tepung suji dan kacau adunan tersebut sehingga menjadi sebati.
  • Masukkan pula gula dan garam.
  • Akhir sekali, masukkan kuning telur dan kacau lagi sehingga adunan sebati.
  • Apabila adunan telah mendidih, masukkan ia ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  • Hidang dengan potongan buah-buahan dan disiram sos strawberi.

Pai Daging & Cendawan

Resepi Pai Daging & Cendawan

Bahan-bahan :
1 paket pastri paff beku, dibiarkan pada suhu bilik.
Parsli cincang untuk hiasan

Inti :
500g daging, dipotong dadu kecil
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam dan lada
370ml susu sejat
100g kacang pea hijau beku
100g lobak merah potong dadu
100g bawang merah dicincang
1/2 sudu teh herba rosemary
10 cendawan shiitake dihiris tebal
2 sudu besar mentega

CARA MENYEDIAKANNYA :
  1. Gris dulang pai bulat 8" dan ketepikan.
  2. Untuk membuat ini pai, perapkan daging dengan garam dan lada, taburkan tepung gandum. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng daging selama 3 minit. Keluarkan dan ketepikan.
  3. Di dalam kuali tadi, masukkan bawang merah dan rosemary. Goreng sehingga harum. Masukkan cendawan dan lobak merah. Masak lebih kurang 3 minit.
  4. Masukkan susu sejat, daging. Biarkan merenih sehingga susu memekat. Akhir sekali masukkan kacang pea dan tuang ke dalam dulang pai.
  5. Canaikan pastri paf setebal 3mm dan tutupkan dulang pai. Belah dibahagian tengah dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 220C selama 10minit atau sehingga pastri kembang dan berwarna perang keemasan.
  6. Taburkan parsli cincang di atas pai dan hidangkan segera.

Rendang Tok

Resepi Rendang Tok

Bahan-bahan :
1 kg daging - dipotong lapan
1 liter santan
200 gm bawang merah - dihiris
100 gm bawang putih   - dihiris
1 sm halia                    -  dihiris
1 sm lengkuas              -  dihiris
125 gm kerisik
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 batang serai  (hiris dan titik)
2 sudu besar serbuk kari
1/2 keping gula kabung
Sedikit garam
20 hirisan kelapa


CARA MEMBUAT :
  • Masukkan semua bahan ( kecuali hirisan kelapa) ke dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga kering. Paling cepat dua jam atau sehingga masak.
  • Padam api dan masukkan hirisan kelapa. Kacau rata dan angkat.

Ikan Lampam Masak Tempoyak

Resepi Ikan Lampam Masak Tempoyak

Bahan-bahan :
1 ekor ikan lampam
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 sudu besar tempoyak
1 helai daun kunyit
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
500 ml air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
  • Ikan dibersihkan.
  • Bawang merah, bawang putih dan cili merah di tumbuk sedikit, jangan sampai halus.
  • Masukkan air kedalam periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi serta serbuk kunyit.
  • Masak kuah hingga mendidih.
  • Masukkan tempoyak, daun kunyit dan ikan. Didihkan lebih kurang lima minit, bolehlah di angkat.

Ketam Rendang Pedas

Resepi Ketam Rendang Pedas

Bahan-bahan :
1 kg ketam
3 sudu besar cili kisar
6 biji bawang merah  -  dikisar
4 ulas bawang putih   -  dikisar
4 batang serai            -  dikisar
1 sm kunyit                -  dikisar
500 ml santan kelapa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :
  • Tumis bahan-bahan yang dikisar serta cili sehingga naik baunya.
  • Masukkan santan dan masak sehingga kuahnya menjadi pekat. Semasa memasak, hendaklah dikacau selalu agar tidak pecah minyak.
  • Masukkan ketam dan kacau selalu hingga kuahnya agak-agak kering. Angkat dan bolehlah di hidang.

Sotong Masak Kicap

Resepi Sotong Masak Kicap


Bahan-Bahan :
500 gm sotong putih  - dibersih dan dipotong
1 sm halia                   -  dimayang
4 biji bawang merah    -  dimayang
4 ulas bawang putih    -  dimayang
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu besar kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
3 biji cili merah          - dipotong kasar
2 biji bawang besar   -  dipotong kasar
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :
  • Tumis bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau.
  • Masukkan sotong dan kacau rata. Biarkan di atas api sehingga sotong agak kering.
  • Masukkan air asam jawa, kicap, serbuk lada sulah, bawang besar dan cili merah yang di potong kasar.
  • Kacau rata dan angkat.

Wednesday, September 22, 2010

Ikan Goreng Sambal

Resepi Ikan Goreng Sambal

Bahan-bahan :
Ikan (ikut pilihan) -  dibersihkan dan digoreng biasa.
1/2 cawan lada kisar
2 labu bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih  -  dikisar
1 sudu besar sos cili
Sedikit garam
Serbuk perasa - jika suka
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :
  1. Panaskan minyak, tumis lada kisar dan bawang yang telah dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  3. Masukkan ikan goreng, balik-balikkan. Setelah masak bolehlah di angkat.

Daging Masak Merah

Resepi Daging Masak Merah

Bahan-Bahan :
Daging - dipotong ikut cita rasa dan direbus seketika ( simpan air rebusan )
8 tangkai cili kering  -  dikisar halus
5 ulas bawang merah  - di kisar halus
3 ulas bawang putih  -  dikisar halus
2 sm halia                -  di kisar halus
1 labu bawang besar  -  dihiris nipis bulat-bulat
2 sudu kicap pekat
3 sudu sos cili Thai
Sedikit Garam & Gula
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK :
  1. Tumbuk daging yang telah direbus seketika. Jangan sampai hancur.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau dan letakkan air rebusan daging.
  3. Masukkan daging dan biarkan seketika. Masukkan bawang besar.
  4. Masukkan kicap, sos cili Thai, garam dan gula. Kacau rata. Tunggu hingga daging agak kering dan masak bolehlah di hidang.

Asam Pedas Ikan Pari

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan :
2 keping ikan pari sederhana besar
2 senduk cili kering  - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih  - dikisar
1 inci kunyit              - dikisar
1/2 inci belacan         - dikisar
1 cawan air asam jawa
2 batang serai - dititik
3 helai daun limau purut
3 tangkai daun kesum
Sedikit lada hitam
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK :
  1. Ikan dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama tadi hingga garing dan baik bau.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Biarkan hingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan ikan, serai dan daun limau purut. Tambahkan daun kesum dan lada hitam. Biarkan mendidih dan ikan masak, siap untuk di hidang.

Tuesday, September 21, 2010

Biskut Kelapa Rangup

Resepi Biskut Kelapa Rangup Honey Star

 Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikabornat
1/4 sudu kecil garam halus

1 cawan parutan kelapa kering - di kisar lagi supaya lagi halus
1/2 cawan nestum - di kisar halus
200 gm mentega
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Nestle Honey Star - untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN :
  1. Pukul mentega , gula halus dan gula perang hingga sebati
  2. Masukkan esen vanila dan telur kedalam adunan tadi. Pukul hingga sebati.
  3. Sementara itu ayak tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Satukan bahan-bahan ini.
  4. Masukkan adunan tepung kedalam adunan pertama. kaup balikkan campuran tadi hingga menjadi doh.
  5. Canai dan terap mengikut pilihan sendiri. Sapukan kuning telur di atas biskut dan hias dengan honey star.

Note : Resepi asal dari 'Nestle' tetapi telah di ubah suai dengan selera sendiri. 

Kek Batik

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan :
250 buttercup - 1 buku
4 biji telur - pukul kembang
1/2 kilo biskut marie - dipecah empat
2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
1 sudu besar nescafe
3 sudu besar serbuk koko

CARA-CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan butter dalam periuk sehingga cair.
  2. Masukkan gula dengan 1 cawan air kedalam periuk yang mengandungi butter. Kacau hingga gula larut dan sebati.
  3. Bancuh nescafe dengan 1/2 cawan air.
  4. Apabila butter dan gula sudah sebati masukkan bancuhan nescafe dan serbuk koko.
  5. Masukkan telur yang sudah di pukul tadi kedalam periuk. Kacau rata sehingga sebati. Bila sudah agak likat masukkan biskut marie. Kacau rata pastikan api telah di tutup.
  6. Tuang ke dalam bekas dan tekan-tekan hingga padat. Sejukkan. Boleh di potong bila sudah keras.

Note : Resepi , terima kasih Kak Ha.

Kuih Tepung Pelita

Resepi Kuih Tepung Pelita

Bahan-Bahan :
250 gm tepung beras
60 gm gula pasir
125 ml pati santan
Sedikit air daun pandan @ pes pandan
Sedikit garam
Sedikit isi jagung manis
Sedikit air panas
Kelongsong daun pandan @ daun pisang


CARA MEMBUATNYA :
  1. Tepung beras dibahagi dua. Satu bahagian (A)  dan satu lagi (B) .
  2. Campurkan bahagian (B) dengan pati santan dan sedikit garam. Bahagian (A) pula dibancuh dengan air panas dan air daun pandan. Masukkan isi jagung manis. Ketepikan.
  3. Didihkan air dalam pengukus. Letakkan kelongsong di dalam pengukus.
  4. Masukkan satu sudu kecil gula pasir ke dalam setiap kelongsong. Tuangkan adunan (A) anggaran setengah kelongsong tersebut. Kukus sekejap hingga adunan mula membeku.
  5. Kemudian, tuangkan pula adunan (B) ke atas adunan (A) dan kukus hingga masak.

Kek Sultanas ( Kek Buah-Buahan Campur )

Resepi Kek Sultanas ( Kek Buah-buahan Campur )


Bahan-Bahan :
500 gm gula
250 gm mentega
6 biji telur - dipukul perlahan
240 gm tepung naik sendiri
240 gm tepung gandum
2 sudu kecil rempah kek
1 sudu kecil esen vanila
1.2 kg Sultanas Big Sister ( Buah-buahan campur )
250 ml jus mangga
125 ml jus oren

CARA PENYEDIAANNYA :
  1. Campurkan mentega, gula, jus buahan serta kismis. Kacau di atas api sederhana.
  2. Apabila sejuk masukkan telur satu persatu, tepung gandum, tepung naik sendiri, rempah kek serta esen vanila. Kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 1 1/2 jam dengan suhu 160C atau sehingga masak.
  4. Potong setelah sejuk dan boleh di hidang.

Friday, July 16, 2010

Kek Buah Oren

Resepi Kek Oren

Bahan-Bahan Kek :
125 gm mentega
200 gm gula castor
3 biji telur
250 gm tepung naik sendiri
1 sudu besar parutan kulit limau
1 sudu teh perisa oren
2 sudu teh pewarna kuning

Bahan Aising Oren :
2 cawan gula aising
125 gm mentega
3 sudu besar jus oren
1 sudu teh perisa oren
Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN KEK :
  1. Pukul mentega dengan gula. Masukkan parutan kulit limau, perisa oren dan pewarna kuning.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Pukul.
  3. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri. Kacau sebati.
  4. Bakar selama 40 minit pada kepanasan 160c atau sehingga masak.
PENYEDIAAN AISING OREN :
  1. Mentega dipukul dengan gula aising hingga gebu.
  2. Masukkan jus oren serta sedikit pewarna kuning.
  3. Sapu di atas kek bila kek sudah sejuk.
  4. Hiaskan kek.

Coklat Kekacang Buahan

Resepi Coklat Kekacang Buah-Buahan


Bahan-bahannya :
30 gm tepung gandum
250 gm coklat (dicairkan)
125 gm asam manis
125 gm kacang hazel ( cincang halus )
125 gm buah-buahan campuran
90 gm kelapa dalam tin
75 gm jem perasa limau
60 gm gula halus
155 gm badam ( dicincang )
Gula aising untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN :
  1. Masukkan badam, kacang hazel, buahan campur, kelapa , jem , gula, tepung dan asam manis ke dalam bekas. Putar hingga rata kemudian masukkan coklat cair, dikacau rata.
  2. Sediakan acuan 7x11 inci, sapukan mentega. Masukkan adunan dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak.
  3. Sejukkan dan tabur gula aising di atas nya untuk hiasan. Potong ikut citarasa.

Thursday, July 15, 2010

Kek Lapis Prune

Resepi Kek Lapis Prune

Bahan-bahan :
1 cawan buah prunes
320 gm mentega
200 gm gula cstor
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh perisa coklat
4 biji telur
150 gm tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan air
2 sudu teh pewarna kuning

CARA PENYEDIAN :
  1. Rebus buah prunes bersama-sama 1 1/2 cawan air. Kemudian di potong 4.
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu demi satu.
  4. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.
  5. Adunan di bahagi dua.
  6. Satu adunan dimasukkan pewarna kuning. Satu adunan dimasukkan serbuk koko, perisa coklat dan dicampur dengan buah prunes yang telah direbus tadi.
  7. Masukkan 1/2 cawan susu ke dalam adunan berwarna kuning.
  8. Masukkan ke dalam acuan kek berselang seli dengan adunan coklat dan kuning dan di bakar hingga masak.

Wednesday, July 14, 2010

Jeli Pelangi

Resepi Jeli Pelangi


Bahan-bahan :
Jeli A
21 gm serbuk agar-agar
280 gm gula pasir
1450 ml air
1/2 sudu kecil perisa pandan
Pewarna merah dan biru - dicampur ketika menuang agar-agar di dalam acuan

Jeli B
20 gm serbuk agar-agar
350 gm gula pasir
1100 ml air
400 ml santan
1/2 sudu perisa durian ( ikut suka )
Pewarna kuning - dicampur ketika menuang agar-agar di dalam acuan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Masak bahan-bahan bagi jeli A (kecuali warna) hingga larut dan mendidih.
  2. Masak bahan-bahan bagi jeli B (kecuali warna) hingga larut dan mendidih.
  3. Sediakan acuan seperti acuan kek dam, tetapi tinggi sedikit.
  4. Bancuhkan sedikit agar-agar dengan empat warna berasingan dan letakkan di bahagian bawah acuan berselang seli sebagai asas.
  5. Setelah asasnya keras, tuangkan santan kira-kira 300 ml dan setelah separuh keras, masukkan pembahagi acuan biarkan sehingga agar-agar keras.
  6. Tuangkan agar-agar warna-warna lain ke dalam acuan mengikut citarasa sendiri asalkan warnanya berselang seli.
  7. Setelah semua agar-agar keras, angkat pembahaginya dan tuangkan baki agar-agar perisa pandan atau durian sehingga habis. Hiaskan jika suka.

Kek Coklat Lapis Talam

Resepi Kek Coklat Lapis Talam

Bahan Kek 
125 gm mentega
100 gm gula
100 gm tepung naik sendiri
20 gm serbuk koko
3 biji telur
Esen vanila

Bahan Talam
3 x 60 gm serbuk krim kelapa
220 gm gula
100 gm tepung Hon Kwee
900 ml air
1 1/2 sudu besar jeli segera
Sedikit esen kelapa
Sedikit esen pandan

CARA PENYEDIAAN :
  1. Untuk membuat kek, pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur dan gaul hingga sebati.Masukkan tepung dan vanila. Kacau lagi. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar dalam ketuhar hingga kek masak. Apabila sejuk potong kepada tiga lapis.
  2. Untuk membuat lapisan talam, satukan ke semua bahan dan masak di api sederhana hingga pekat.
  3. Lapiskan kek dengan talam dan biar beku. Setelah beku bolehlah di potong.

Tuesday, July 13, 2010

Cuci Tangan

Mari masak sendiri .

Saya seorang wanita. Pada mulanya saya memang seorang yang malas untuk masuk ke dapur iaitu untuk memasak. Selalu beli sahaja makanan di luar atau makan di restoran-restoran. Sampai satu tahap saya mula tidak tahu apa yang harus saya makan atau order semasa di restoran. Macam terasa jemu pula makan di luar.

Satu hari tergerak pula hati hendak memasak. Mula saya memasak nasi ( guna rice cooker saje kan ). Masukkan beras, letak air tekan suis , tinggal dan dah masak. Alamak! tapi apa yang harus  saya masak untuk laukknya. Puas saya fikir tapi tiada satu pun yang terlintas di fikiran, (sebenarnya tidak tahu pun nak masak apa).

Akhirnya, perut sudah terasa lapar, saya goreng saya nasi itu. Buat nasi goreng, campur sayur-sayur, tambah lah apa yang ada . Terasa seronok pula memasak. lebih-lebih lagi bila kengkawan serumah juga merasa dan memuji masakan saya yang pertama kalinya. Tidak pasti lah samada mereka memuji ikhlas atau sekadar ambil hati. Hahaha..

Bermula dari itu lah saya mula memasak sendiri. seronok pun ada bila di dapur. Mulalah sibuk cari-cari resepi di majalah. Banyak juga majalah yang ada resepi saya simpan dan cuba-cuba membuatnya. Ada yang menjadi dan ada juga yang terpaksa ketawa sendiri bila tidak menjadi. Tapi kepuasan diri di dapur itu yang penting.

Disebabkan saya sayang jika majalah-majalah saya ini yang ada resepi hilang atau terkoyak, terfikir pula untuk saya simpan di Quenary's Kitchen ini, iaitu blog saya sendiri. Di lain masa boleh jugalah saya selongkar balik resepi-resepi itu di sini saja. Resepi-resepi di Quenary's Kitchen ini banyak saya ambil di majalah-majalah , juga resepi sendiri, resepi kawan-kawan dan juga resepi dari keluarga.

Untuk kegunaan saya juga nanti. Yahuuuu !!! Kini saya ada dapur sendiri !! Saya dah pandai memasak sendiri !!

My Quenary's Kitchen - Let's start cooking.
Mari masak dan makan.

Quenari's Kitchen   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP